Monday, September 19, 2011
Saman Oh Saman..
Wednesday, July 13, 2011
vice versa: wanita cantik menjadikan lelaki sihat..
sila la membaca..
----------------------------------
Lumrahnya lelaki akan berasa senang hati apabila didampingi wanita cantik. Manakan tidak, ia akan memberi kesan dia lelaki super hebat kerana dapat memikat wanita cantik.
Egonya akan melambung tinggi. Hatinya berbunga-bunga. Bangga setengah mati, hidup bagai di alam khayal. Yelah, siapa tidak mahu dikelilingi dengan benda-benda yang cantik. Siapa tak bangga pasangan yang mendampinginya cantik.
Lantas, semua wanita mahu dirinya cantik, atau sekurang-kurangnya mahu kelihatan cantik sehingga sanggup berbelanja sakan untuk tujuan itu atas alasan mahu menarik perhatian. Bukan pula untuk suami tetapi orang lain.
Buruknya nafsu mahu kelihatan cantik itu tak pernah reda, macam tiada sempadan. Yang sudah cantik, mahu lebih cantik. Yang tak cantik pun terlebih perasan mahu dirinya cantik seperti ratu.
Mungkin sebab itu produk kecantikan wanita lebih mudah dijual. Daripada sekecil pewarna kuku sehingga kosmetik, jamu, pil, suntikan kolagen, botox sehingga bedah plastik sentiasa menjadi buruan.
Tapi tahukah mereka, wanita cantik menurut satu kaji selidik ternyata berbahaya kepada kesihatan seorang lelaki.
Kaji selidik di Sepanyol oleh University of Valencia itu mendapati walaupun hanya lima minit berduaan dengan wanita cantik, ia sudah cukup untuk menambah kadar cortisol, iaitu hormon stres dalam badan lelaki.
Hormon stres, cortisol menurut kaji selidik tersebut akan tambah meningkat kepada lelaki yang percaya bahawa wanita cantik di sisinya itu sebenarnya di luar jangkauannya.
Cortisol dalam kadar yang kecil memberi kesan positif termasuk meningkatkan kewaspadaan tetapi jika kadarnya tinggi ia boleh menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis, hipertensi malah lemah tenaga batin.
Juga didapati jumlah adrenalin yang dilepaskan oleh lelaki semasa berbual dengan wanita cantik yang baru dikenalinya sama tingginya dengan seseorang yang mahu melakukan terjunan payung terjun. Bayangkan debar mahupun keterujaan yang perlu ditanggung dalam keadaan begitu.
Apatah lagi jika lelaki itu berharap untuk menjalin hubungan lebih akrab, sedangkan dia tahu banyak rintangan dan halangan yang tidak mampu untuk ditempuh. Maka, akan angaulah dia yang tidur tak lena, makan tak kenyang. Jadilah stres tak tentu fasal.
Mereka yang sudah beristeri dalam hati berkata, kalaulah aku masih bujang dan waktu boleh diundur. Yang hujang pula akan berkata-kata, kalaulah aku ada kemampuan kerana persaingan sengit untuk mendapatkannya.
Kaji selidik itu tentu sekali memberi khabar buruk kepada wanita cantik. Kalaupun hanya berbual lima minit sudah cukup melonjakkan kadar hormon stres lelaki, bayangkan jika berhubungan untuk jangka masa panjang. Tentu lebih banyak ujian dan cabarannya.
Yang tentu paling dibimbangi teman wanita cantik milik kita itu akan terpikat atau dipikat lelaki lain. Maka, hidup akan dibelenggu dengan kecurigaan dan kecemburuan.
Mungkin ini juga jawapan mengapa lelaki masih berpaling kepada wanita lain sedangkan kekasih atau isterinya ‘diiktiraf’ cantik. Barangkali hormon stres mereka sudah tinggi lantas mahu melepaskan diri daripada beban yang terpaksa ditanggung itu.
Jelaslah, buruk kesannya jika kecantikan yang dianugerahkan kepada wanita tidak diurus dengan baik. Jadi sedikit nasihat kepada wanita cantik, janganlah bermegah sangat dan menunjuk-nunjuk kecantikan yang ada. Cantik fizikal sahaja bukan modal untuk mengikat lelaki.
Berpada-padalah kerana anda sebenarnya hanya bikin lelaki stres dan alangkah eloknya cantik fizikal itu diimbangi dengan kecantikan dalaman. Molek adabnya, elok pula budi pekerti. Tapi zaman sekarang sukar untuk menemui wanita sekelas ini.
Juga berhati-hatilah wahai lelaki bila berhadapan dengan wanita cantik terutama yang mahu mempergunakan kecantikannya untuk tujuan tersirat. Wanita yang berperangai begini tentu sekali bakal meningkatkan kadar hormon stres lelaki berlipat kali ganda.
----------------------------
sekian.. :)
Wanita Cantik Menjadikan Lelaki lebih Sihat???
-------------------------------
Bersama Wanita Cantik Menjadikan Lelaki Lebih Sihat (TERBUKTI SECARA SAINTIFIK !!)..
Tidak percaya ?... Percayalah. Mungkin selama ini, ada mitos mengatakan kehadiran wanita cantik menjadikan lebih lelaki bersemangat. Kini, ia ternyata satu fakta.
Ini dibuktikan menerusi kajian oleh University of California . Kajian tersebut mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki. Hasil kajian itu juga telah diterbitkan di dalam Proceedings of the Royal Society B.
Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh hubungan.
Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Selain itu, hormon ini juga bertindak sebagai anti-stres. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.
Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali yang memikat hati.
Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.
Di sinilah satu fakta menarik ditemui. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.
Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus.
* Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun
* Air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.
* Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.
* Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga
* Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Selain itu, hormon ini juga bertindak sebagai anti-stres.
* Tahap testosteron dan kortisolnya menurun sehingga 7 peratus apabila bertemu rakan sejantina.
Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih bugar.
Menurut seorang ahli antropologi,Dr Leslie Knapp, menjelaskan meningkatkan kedua-dua hormon ini berkait rapat dengan evolosi manusia dalam memikat lawan sejenis. Ini turut menjelas sejauh mana kedua-dua hormon ini memainkan peranan besar dalam hidupan seksual seorang lelaki itu. Malah, lebih tinggi tahap hormon testosteron, lebih baik tahap seksual lelaki tersebut.
Bagaimana dengan wanita ?. Menurut sebuah lagi kajian yang dilakukan oleh Radboud University mendapati wanita hampir tidak terjejas dengan kehadiran lelaki kacak. Ini kerana, wanita lebih memandang jauh pada faktor-faktor seperti kewangan, pendidikan, kerjaya yang stabil pada seseorang lelaki tersebut sebelum memilihnya sebagai pasangan hidup.
Walaubagaimanpun, definasi cantik bukanlah semata-mata hanya sedap dipandang. Setiap lelaki menandang kecantikan seseorang wanita pada sudut yang berbeza. Terpulang pada diri masing-masing... bagaimana pula dengan anda ??
Saturday, July 2, 2011
Memancing
sekarang nie jam menunjukkan 4.10 pagi..
belum mau tido lagi karna excited tak habis lagi.......
Hari Sabtu 2/Julai/2011
pas bangun tido, lebih kurang jam 10 (dah nama weekend, bangun lambat sket la.. hehe). pas minum air, on tv, channel 816, layan snooker jap, kalau tak silap, Marco Fu vs Mark Allen. macam tu la selalunya rutin pagi-pagi sabtu kalau takda main tennis.
On laptop HP EliteBook 8440p, then buka facebook, ada beberapa notification yang telah membabitkan nama Mohd Syahir Ismail dalam perbualan rakan-rakan. Antaranya Prince Fahmi dan Kamarul Nizam Ismail yang mempunyai rancangan dan mereka mahukan Mohd Syahir Ismail turut terbabit dalam menjayakan rancangan mereka.Pada peringkat awal, rancangan ini nampak macam tidak jadi atau cancel kerana mereka tidak menyatakan tujuan, visi dan misi rancangan dan tiba-tiba idle.
selang bebebebebeberapa jam (memang lama pun), Mohd Syahir Ismail telah meng-up-kan status "gila bosan.. puih!!". lantas Kamarul Nizam Ismail dan Prince Fahmi mengajak mancing.
HM Eco Resort dicadangkan oleh Mohd Syahir Ismail sebagai lokasi memancing yang mana cadangan tersebut dipersetujui oleh Kamarul Nizam Ismail dan Prince Fahmi hanya menurut perintah saja. Aktiviti berlangsung selama 4 jam, bermula jam 930 malam dan berakhir pada 1.30 pagi. Bayaran yang dikenakan untuk 4 jam dan 1 batang joran hanyalah rm20. Umpan yang digunakan ialah dedak, roti, dan skek perasa tambahan iaitu perasa pisang.
(enough dengan penulisan skema)
selepas bayau kt kaunter, kitaorang memilih pondok yang berhampiran dengan pokok cerry. sebab Kamarul Nizam Ismail pernah terbaca dalam forum yang mana forumer mencadangkan pondok tersebut kerana situ port baik untuk memancing.
Pancang pun telah dipacak, umpan telah disiap dipasang, lastly umpan dibaling (betul ke dibaling?). selang beberapa minit.mesin Abu Garcia berbunyi, menandakan ikan telah makan umpan dan dalam keadaan terkejut aku mendaratkan ikan Rohu dengan bantuan Kamarul Nizam Ismail.
Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi, ikan Rohu seberat 2kg dinaikan. dengan keadaan tangan ketar-ketar, aku mintak Fahmi snapkan gambar sebagai bahan bukti. muahahahah. selepas posing dengan ikan, aku dengan fahmi pergi jual ikan dekat tokei kolam mancing. dapat la rm4. dan duit tu kitaorg wat beli air teh ais, neskepe dengan milo ais.
the sad moment is, pas tu kitaorang dah tak dapat ikan. maybe ikan yang kena jual tu sempat bagitau kat kawan-kawan yang lain kot supaya jangan mudah tertipu dengan makanan yang sedap tiba-tiba terhidang dihadapan mereka.
hmmmmmmm.. sepanjang empat jam. seeko ikan je yang dinaikkan..
Tuesday, June 14, 2011
Cinta Teragung
Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu
Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku
====================================================
tuan blog mntak aku postkan lagu nie dalam blog bukan sebab beliau minat ngan hazama... sikit pun tak minat katanya.. (tapi beliau vote gk.. hehehe)
lepas dengar lagu nie ngan tengok video clip nie.. tuan ad citer yang beliau teringatkan parent especially mamanya.. nak-nak kat korus.. sebab beliau nie susah nak cakap sumting yang boleh mengekspresikan sayangnya kt family.. sebab malu katanya.. (tuan nie memang pemalu pun)
"Ku takkan bisa menjadi lebih Dari apa yang terdaya Namun ku tetap berjanji Akan masih mencuba untuk Memujuk hatimu Mencintai aku Kerna semua yang ada Hanyalah untukmu"
time kecik beliau nie agak rebel (memberontak) bukan sebab mamanya sayangkan abangnya lebih dari beliau (of course sayang aku lagi.. ngeh2).. tapi tak bebas.. siap melawan lagi.. antara ayat-ayatnya..
"awat along boleh!! adik xleh!!"
"nak p jgak!!"
"awat along bley p jauh-jauh!! adik xleh!" (tapi 2006, nahh study kt melaka.. hambek.. nak sangat p jauh2)
"awat along bley makeup keta!! adik xleh!" ( mama jawap"sebab adik guna keta ma" . "ooo" jawap tuan)
banyak lagi ayat-ayat melawan yang tuan guna time "diskass" ngan mama beliau..
Tapi syukur alhamdulillah.. sebab mama, beliau jadi macam sekarang nie.. more to family man, slalu lepak kat rumah, banyak tolong parent, terkawal sosial lifenya, dah tak kerap melawan parent but more to real discuss klu ada yang xkena, and slogan "Family 1st" dah semai dalam hati beliau..
perenggan kat atas nie bukan "masuk bakul angkat sendiri" beb.. tu yang mama cakap.. tapi cakap kt spupu beliau.. spupu yang kabo kat tuan.. goose bump beb.. sebab tuan ingat dia teruk.. tapi.. (heeeeeeeeee :p)
lagi naik meremang bulu roma tuan bila mama dia cakap "lagu nie mama dedicate utk adik".. lagunya ialah "Kaulah Segalanya" dari Ruth Sahanaya..
Saturday, June 11, 2011
Wednesday, June 1, 2011
wat kakakakak laily
(dengar suara orang pompuan tgh borak2 yang mana suaranya boleh didengari sekelian makhluk dalam dewan)
"sora (suara) sapa ney.. kuat aih" kata tuan blog dalam hati..
vanue 2: level 2, bilik budak pektikel, TM Taman Tun
"mcm penah dengar je suara nie.. tp dimana ya.." masih lagi berkata-kata dalam hati..
bukan apa.. nanti orang yang berkenaan marah.. lagipun tuan blog baru saja join TM, lagi pun belum kenal sape2 lagi.. kang tersalah ckap.. habis tuan blog nie kene.. hehehehhe
"weh syahir, nie laily" salasiah memperkenalkan member dia kt aku..
"lai ap??" tuan blog wat lawak bodoh di depan orang awam.. sorg dua je yg gelak.. tu pn sebab nak amik hati beliau..
"laily" salasiah jawap.. kali nie pitching beliau agak tinggi..
"ooooooooooooooooooooooooo.. hai" balas den...
vanue 3: tuan blog kt taman tun, kak laily kt menara kot
ari tu ari keje, tuan blog ad citer kt saye, time tu tengah layan facebook, macam mana dia buley buka facebook, saye pn xtau.. sebab ramai cakap tuan blog nie agak tere dalam bypass2 nie.. hahahhaha
time tgh men2 ngn facebook, ada emel masuk, pasal ada sorang staff TM nk benti keje sebab dalam keje ngn gomen.. time tu tuan blog wat xlayan je emel mcm tu.. sebab time tu, buleh kata banyak gak emel masuk pasal staff nk benti keje.. ada yang dapat keje lain, ada yang jadi suri rumah sepenuh masa (laki kot... haa??) dan lain-lain lagi..
pastu baru beliau teringat yang salah sorang kawan dia pn nk benti.. pas belek-belek emel yang sampai td.. rupanya kak laily, benti sebab dapat keje ngn gomen.. heheheheh
vanue 4: chat kt facebook (perbualan chat diubah skek sebab xingat sgt)
laily: weh, nnt mai la kenduri aku..9/6/11
tuan blog: bg la kad.. insyallah aku sampai.. heeeeeeee :)
laily: nanti aku kirem kt teha, mntak dia bg kat ang naaa..
tuan blog: bereh bohhhhh!!! bg kad VIP pnya tau :p
==================================================================
tujuan post entry nie sebenarnya adalah untuk menge"wish".. awal?? mmg awal.. sebab tuan blog suruh, takut lupa nk wish katanya..
Selamat Pengantin Baru wat Kak Laily dan Lakinya, Rizal
semoga berkekalan hingga syurga hendaknya..
selain untuk ish awal.. tuan blog nk mintak ampun dan maaf (backgroung lagu sedih).. sebab xdatang ke kenduri nanti.. sebab sedara nak datang tumpang dok kt umah (kl)..
sorry ek.. ekk.. ekkk.. ekkkk.. ekkkkk.. ekkkkk...

