Sunday, September 25, 2011

Kucing Part 2


lagi gua tengok.. lagi seday beb.. nie vid yang sempat aku shoot...

saksikan lah duniaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: bodo laaaaaaaaaaaaaaaaa sapa yang kidnap tuuuuuuuuu

Kucing

hari nie dalam sejarah sebab tak keluar pegi lunch, kenyang makan kacang yang topek bagi..

time-time macam nie la aku teringatkan kucing aku kaler oreng kena rembat (curi). lawa beb, jantan,  semi-long hair, ekor panjang.. kalu bela leklok, boley menang competition. huh. namun, jodoh dia dengan aku sat sangat. time balik kampung halaman (padahal dok kat taman tp tetap nak balik kampung),

mak aku cakap "adik, oreng dah kena kidnap..". "... laaaaa... " balasku dengan ringkasnya.. dalam hati maki berkandaq beb.. xleh nk list kan dalam blog nie.. sebab banyak sangat. dah la lawa.. kena kidnap plak.. kalu mai umah mintak elok-elok xpa gak.. (jangan harap la aku nak bagi)..  last-last tak larat nak maki, dengan harapan tulus iklas.. orang yang kidnap tu kena kidnap dengan orang jahat.. hehehehe. tak la. harap-harap dia jaga oreng leklok.. huhuhuhu seday... bawah nie gambaq oreng..



time nie kecik lagi. wuwuwuwuwuw.. sempat snap 2-3 pict ja..

bodooooo laaaaa sapa yang kidnap tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Monday, September 19, 2011

Saman Oh Saman..


semalam aku dah pecat admin sebab dia tak buat keja yakni update blog. gaji mau. tapi tak mau wat keja.. macam nie tokey kedai binatang kesayangan saya pun buley bengkrap.. 

banyak kali dah aku sound mamat tu, tp tak makan saman.. wat buduh jah. padahal macam-macam benda buleh wat dalam blog nie.. tu pun tak reti.. suma nk kena ajaq. kurang ajaq betoi.

entry nie bukan nak cite mengenai pelucutan jawatan admin, tapi nak cite pasal SAMAN.. bukan aku kene saman.. setakat nie.. Alhamdulillah, syukur sangat2,  walaupun corak pemanduan F1 dan Rally selalu dipamerkan di Lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya Persekutuan, jalanraya di Putrayajaya dan Lebuhraya Utara Selatan khasnya, aku belum lagi kena saman dengan abang polis. 

aku selalu check saman nie kat website MyEG, sebabnya aku selalu balik kampung terletaknya di Aloq Staq, Kedah Darul Aman. bukan apa, kalau ada saman, buleh la aku p setle dulu sebelum surat menyusul kat umah dan kena sound dengan mak.. well..

"nak hidup kena bijak" kata Ajai.. adik kepada Abang Long Malek.

pas check kat website tu.. nie yang aku dapat..

for your information. nie saman untuk kete iswara aku, Saman sebab No Helmet, pas diterjemahkan dalam bahasa melayu loghat kedah, tak pakai helmet. oleh hal yang demikian, saya tak jadi nak bayar saman.

tu jela aku nak cite.. maklum la first time update blog.. selalunya admin yang update.. kali nie.. wat julung kalinya.. tuan amponya blog yang update.. baru la budak baik punya blog, sendiri yang update..


Wednesday, July 13, 2011

vice versa: wanita cantik menjadikan lelaki sihat..

hahaha.. pas belek blog mamat Naim Qlate, terbaca satu artikel, vice versa untuk wanita cantik menjadikan lelaki sihat.. tajuknya "wanita cantik hanya tambah stres".

sila la membaca..

----------------------------------

Lumrahnya lelaki akan berasa senang hati apabila didampingi wanita cantik. Manakan tidak, ia akan memberi kesan dia lelaki super hebat kerana dapat memikat wanita cantik.

Egonya akan melambung tinggi. Hatinya berbunga-bunga. Bangga setengah mati, hidup bagai di alam khayal. Yelah, siapa tidak mahu dikelilingi dengan benda-benda yang cantik. Siapa tak bangga pasangan yang mendampinginya cantik.

Lantas, semua wanita mahu dirinya cantik, atau sekurang-kurangnya mahu kelihatan cantik sehingga sanggup berbelanja sakan untuk tujuan itu atas alasan mahu menarik perhatian. Bukan pula untuk suami tetapi orang lain.

Buruknya nafsu mahu kelihatan cantik itu tak pernah reda, macam tiada sempadan. Yang sudah cantik, mahu lebih cantik. Yang tak cantik pun terlebih perasan mahu dirinya cantik seperti ratu.

Mungkin sebab itu produk kecantikan wanita lebih mudah dijual. Daripada sekecil pewarna kuku sehingga kosmetik, jamu, pil, suntikan kolagen, botox sehingga bedah plastik sentiasa menjadi buruan.

Tapi tahukah mereka, wanita cantik menurut satu kaji selidik ternyata berbahaya kepada kesihatan seorang lelaki.

Kaji selidik di Sepanyol oleh University of Valencia itu mendapati walaupun hanya lima minit berduaan dengan wanita cantik, ia sudah cukup untuk menambah kadar cortisol, iaitu hormon stres dalam badan lelaki.

Hormon stres, cortisol menurut kaji selidik tersebut akan tambah meningkat kepada lelaki yang percaya bahawa wanita cantik di sisinya itu sebenarnya di luar jangkauannya.

Cortisol dalam kadar yang kecil memberi kesan positif termasuk meningkatkan kewaspadaan tetapi jika kadarnya tinggi ia boleh menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis, hipertensi malah lemah tenaga batin.

Juga didapati jumlah adrenalin yang dilepaskan oleh lelaki semasa berbual dengan wanita cantik yang baru dikenalinya sama tingginya dengan seseorang yang mahu melakukan terjunan payung terjun. Bayangkan debar mahupun keterujaan yang perlu ditanggung dalam keadaan begitu.

Apatah lagi jika lelaki itu berharap untuk menjalin hubungan lebih akrab, sedangkan dia tahu banyak rintangan dan halangan yang tidak mampu untuk ditempuh. Maka, akan angaulah dia yang tidur tak lena, makan tak kenyang. Jadilah stres tak tentu fasal.

Mereka yang sudah beristeri dalam hati berkata, kalaulah aku masih bujang dan waktu boleh diundur. Yang hujang pula akan berkata-kata, kalaulah aku ada kemampuan kerana persaingan sengit untuk mendapatkannya.

Kaji selidik itu tentu sekali memberi khabar buruk kepada wanita cantik. Kalaupun hanya berbual lima minit sudah cukup melonjakkan kadar hormon stres lelaki, bayangkan jika berhubungan untuk jangka masa panjang. Tentu lebih banyak ujian dan cabarannya.

Yang tentu paling dibimbangi teman wanita cantik milik kita itu akan terpikat atau dipikat lelaki lain. Maka, hidup akan dibelenggu dengan kecurigaan dan kecemburuan.

Mungkin ini juga jawapan mengapa lelaki masih berpaling kepada wanita lain sedangkan kekasih atau isterinya ‘diiktiraf’ cantik. Barangkali hormon stres mereka sudah tinggi lantas mahu melepaskan diri daripada beban yang terpaksa ditanggung itu.

Jelaslah, buruk kesannya jika kecantikan yang dianugerahkan kepada wanita tidak diurus dengan baik. Jadi sedikit nasihat kepada wanita cantik, janganlah bermegah sangat dan menunjuk-nunjuk kecantikan yang ada. Cantik fizikal sahaja bukan modal untuk mengikat lelaki.

Berpada-padalah kerana anda sebenarnya hanya bikin lelaki stres dan alangkah eloknya cantik fizikal itu diimbangi dengan kecantikan dalaman. Molek adabnya, elok pula budi pekerti. Tapi zaman sekarang sukar untuk menemui wanita sekelas ini.

Juga berhati-hatilah wahai lelaki bila berhadapan dengan wanita cantik terutama yang mahu mempergunakan kecantikannya untuk tujuan tersirat. Wanita yang berperangai begini tentu sekali bakal meningkatkan kadar hormon stres lelaki berlipat kali ganda.

----------------------------

sekian.. :)

Wanita Cantik Menjadikan Lelaki lebih Sihat???

sekarang nie tengah boring yang amat sangat.. bukannya xde keje.. ade.. tp kena tunggu orang lain siapkan dulu.. then baru la aku boleh update inventory yang Sultan J mintak.. hehehe.. dalam dok tunggu orang lain punya update.. terbaca la satu artikel dalam emel, "Wanita Cantik menjadi Lelaki Sihat". artikel nie diambil dari blog http://naimqlate.blogspot.com (nice broo..). Sila la membace.. hik hik hik..

-------------------------------

Bersama Wanita Cantik Menjadikan Lelaki Lebih Sihat (TERBUKTI SECARA SAINTIFIK !!)..


Tidak percaya ?... Percayalah. Mungkin selama ini, ada mitos mengatakan kehadiran wanita cantik menjadikan lebih lelaki bersemangat. Kini, ia ternyata satu fakta.

Ini dibuktikan menerusi kajian oleh University of California . Kajian tersebut mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki. Hasil kajian itu juga telah diterbitkan di dalam Proceedings of the Royal Society B.

Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh hubungan.

Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Selain itu, hormon ini juga bertindak sebagai anti-stres. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.

Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali yang memikat hati.

Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.

Di sinilah satu fakta menarik ditemui. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.


Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus.

* Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun

* Air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.

* Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.

* Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga

* Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Selain itu, hormon ini juga bertindak sebagai anti-stres.

* Tahap testosteron dan kortisolnya menurun sehingga 7 peratus apabila bertemu rakan sejantina.

Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih bugar.


Menurut seorang ahli antropologi,Dr Leslie Knapp, menjelaskan meningkatkan kedua-dua hormon ini berkait rapat dengan evolosi manusia dalam memikat lawan sejenis. Ini turut menjelas sejauh mana kedua-dua hormon ini memainkan peranan besar dalam hidupan seksual seorang lelaki itu. Malah, lebih tinggi tahap hormon testosteron, lebih baik tahap seksual lelaki tersebut.

Bagaimana dengan wanita ?. Menurut sebuah lagi kajian yang dilakukan oleh Radboud University mendapati wanita hampir tidak terjejas dengan kehadiran lelaki kacak. Ini kerana, wanita lebih memandang jauh pada faktor-faktor seperti kewangan, pendidikan, kerjaya yang stabil pada seseorang lelaki tersebut sebelum memilihnya sebagai pasangan hidup.

Walaubagaimanpun, definasi cantik bukanlah semata-mata hanya sedap dipandang. Setiap lelaki menandang kecantikan seseorang wanita pada sudut yang berbeza. Terpulang pada diri masing-masing... bagaimana pula dengan anda ??

Saturday, July 2, 2011

Memancing

assalamualaikum wbt..

sekarang nie jam menunjukkan 4.10 pagi..
belum mau tido lagi karna excited tak habis lagi.......

Hari Sabtu 2/Julai/2011

pas bangun tido, lebih kurang jam 10 (dah nama weekend, bangun lambat sket la.. hehe). pas minum air, on tv, channel 816, layan snooker jap, kalau tak silap, Marco Fu vs Mark Allen. macam tu la selalunya rutin pagi-pagi sabtu kalau takda main tennis.

On laptop HP EliteBook 8440p, then buka facebook, ada beberapa notification yang telah membabitkan nama Mohd Syahir Ismail dalam perbualan rakan-rakan. Antaranya Prince Fahmi dan Kamarul Nizam Ismail yang mempunyai rancangan dan mereka mahukan Mohd Syahir Ismail turut terbabit dalam menjayakan rancangan mereka.Pada peringkat awal, rancangan ini nampak macam tidak jadi atau cancel kerana mereka tidak menyatakan tujuan, visi dan misi rancangan dan tiba-tiba idle.

selang bebebebebeberapa jam (memang lama pun), Mohd Syahir Ismail telah meng-up-kan status "gila bosan.. puih!!". lantas Kamarul Nizam Ismail dan Prince Fahmi mengajak mancing.

HM Eco Resort dicadangkan oleh Mohd Syahir Ismail sebagai lokasi memancing yang mana cadangan tersebut dipersetujui oleh Kamarul Nizam Ismail dan Prince Fahmi hanya menurut perintah saja. Aktiviti berlangsung selama 4 jam, bermula jam 930 malam dan berakhir pada 1.30 pagi. Bayaran yang dikenakan untuk 4 jam dan 1 batang joran hanyalah rm20. Umpan yang digunakan ialah dedak, roti, dan skek perasa tambahan iaitu perasa pisang.

(enough dengan penulisan skema)

selepas bayau kt kaunter, kitaorang memilih pondok yang berhampiran dengan pokok cerry. sebab Kamarul Nizam Ismail pernah terbaca dalam forum yang mana forumer mencadangkan pondok tersebut kerana situ port baik untuk memancing.

Pancang pun telah dipacak, umpan telah disiap dipasang, lastly umpan dibaling (betul ke dibaling?). selang beberapa minit.mesin Abu Garcia berbunyi, menandakan ikan telah makan umpan dan dalam keadaan terkejut aku mendaratkan ikan Rohu dengan bantuan Kamarul Nizam Ismail.

Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi, ikan Rohu seberat 2kg dinaikan. dengan keadaan tangan ketar-ketar, aku mintak Fahmi snapkan gambar sebagai bahan bukti. muahahahah. selepas posing dengan ikan, aku dengan fahmi pergi jual ikan dekat tokei kolam mancing. dapat la rm4. dan duit tu kitaorg wat beli air teh ais, neskepe dengan milo ais.

the sad moment is, pas tu kitaorang dah tak dapat ikan. maybe ikan yang kena jual tu sempat bagitau kat kawan-kawan yang lain kot supaya jangan mudah tertipu dengan makanan yang sedap tiba-tiba terhidang dihadapan mereka.

hmmmmmmm.. sepanjang empat jam. seeko ikan je yang dinaikkan..





Tuesday, June 14, 2011

Cinta Teragung



Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

====================================================

tuan blog mntak aku postkan lagu nie dalam blog bukan sebab beliau minat ngan hazama... sikit pun tak minat katanya.. (tapi beliau vote gk.. hehehe)

lepas dengar lagu nie ngan tengok video clip nie.. tuan ad citer yang beliau teringatkan parent especially mamanya.. nak-nak kat korus.. sebab beliau nie susah nak cakap sumting yang boleh mengekspresikan sayangnya kt family.. sebab malu katanya.. (tuan nie memang pemalu pun)

"Ku takkan bisa menjadi lebih Dari apa yang terdaya Namun ku tetap berjanji Akan masih mencuba untuk Memujuk hatimu Mencintai aku Kerna semua yang ada Hanyalah untukmu"

time kecik beliau nie agak rebel (memberontak) bukan sebab mamanya sayangkan abangnya lebih dari beliau (of course sayang aku lagi.. ngeh2).. tapi tak bebas.. siap melawan lagi.. antara ayat-ayatnya..

"awat along boleh!! adik xleh!!"

"nak p jgak!!"

"awat along bley p jauh-jauh!! adik xleh!" (tapi 2006, nahh study kt melaka.. hambek.. nak sangat p jauh2)

"awat along bley makeup keta!! adik xleh!" ( mama jawap"sebab adik guna keta ma" . "ooo" jawap tuan)

banyak lagi ayat-ayat melawan yang tuan guna time "diskass" ngan mama beliau..

Tapi syukur alhamdulillah.. sebab mama, beliau jadi macam sekarang nie.. more to family man, slalu lepak kat rumah, banyak tolong parent, terkawal sosial lifenya, dah tak kerap melawan parent but more to real discuss klu ada yang xkena, and slogan "Family 1st" dah semai dalam hati beliau..

perenggan kat atas nie bukan "masuk bakul angkat sendiri" beb.. tu yang mama cakap.. tapi cakap kt spupu beliau.. spupu yang kabo kat tuan.. goose bump beb.. sebab tuan ingat dia teruk.. tapi.. (heeeeeeeeee :p)

lagi naik meremang bulu roma tuan bila mama dia cakap "lagu nie mama dedicate utk adik".. lagunya ialah "Kaulah Segalanya" dari Ruth Sahanaya..






Saturday, June 11, 2011

Wednesday, June 1, 2011

wat kakakakak laily

entry khas untuk kak laily
kad kawen kak laily


vanue 1: dewan TMTC Taiping

(dengar suara orang pompuan tgh borak2 yang mana suaranya boleh didengari sekelian makhluk dalam dewan)

"sora (suara) sapa ney.. kuat aih" kata tuan blog dalam hati..

vanue 2: level 2, bilik budak pektikel, TM Taman Tun

"mcm penah dengar je suara nie.. tp dimana ya.." masih lagi berkata-kata dalam hati..

bukan apa.. nanti orang yang berkenaan marah.. lagipun tuan blog baru saja join TM, lagi pun belum kenal sape2 lagi.. kang tersalah ckap.. habis tuan blog nie kene.. hehehehhe

"weh syahir, nie laily" salasiah memperkenalkan member dia kt aku..

"lai ap??" tuan blog wat lawak bodoh di depan orang awam.. sorg dua je yg gelak.. tu pn sebab nak amik hati beliau..

"laily" salasiah jawap.. kali nie pitching beliau agak tinggi..

"ooooooooooooooooooooooooo.. hai" balas den...

vanue 3: tuan blog kt taman tun, kak laily kt menara kot

ari tu ari keje, tuan blog ad citer kt saye, time tu tengah layan facebook, macam mana dia buley buka facebook, saye pn xtau.. sebab ramai cakap tuan blog nie agak tere dalam bypass2 nie.. hahahhaha

time tgh men2 ngn facebook, ada emel masuk, pasal ada sorang staff TM nk benti keje sebab dalam keje ngn gomen.. time tu tuan blog wat xlayan je emel mcm tu.. sebab time tu, buleh kata banyak gak emel masuk pasal staff nk benti keje.. ada yang dapat keje lain, ada yang jadi suri rumah sepenuh masa (laki kot... haa??) dan lain-lain lagi..

pastu baru beliau teringat yang salah sorang kawan dia pn nk benti.. pas belek-belek emel yang sampai td.. rupanya kak laily, benti sebab dapat keje ngn gomen.. heheheheh

vanue 4: chat kt facebook (perbualan chat diubah skek sebab xingat sgt)

laily: weh, nnt mai la kenduri aku..9/6/11
tuan blog: bg la kad.. insyallah aku sampai.. heeeeeeee :)
laily: nanti aku kirem kt teha, mntak dia bg kat ang naaa..
tuan blog: bereh bohhhhh!!! bg kad VIP pnya tau :p

==================================================================

tujuan post entry nie sebenarnya adalah untuk menge"wish".. awal?? mmg awal.. sebab tuan blog suruh, takut lupa nk wish katanya..

Selamat Pengantin Baru wat Kak Laily dan Lakinya, Rizal

semoga berkekalan hingga syurga hendaknya..

selain untuk ish awal.. tuan blog nk mintak ampun dan maaf (backgroung lagu sedih).. sebab xdatang ke kenduri nanti.. sebab sedara nak datang tumpang dok kt umah (kl)..

sorry ek.. ekk.. ekkk.. ekkkk.. ekkkkk.. ekkkkk...










Sunday, May 22, 2011

Terusik Jiwa

salam..

time tengah menunggu bihun goreng telur mata siap tapau.. tuan blog nie ad tengok berita kat tv3.. pasal tanah runtuh di Hulu Langat.. mula-mula ingatkan tanah runtuh biase je.. macam tanah runtuh pastu timbus jalan, timbus keta, beskal, beca, anak hussin lempoyang punya patung ultraman, dan lain-lain..

tp lain plak jadinya..

"...kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat..."

lebih kurang macam tu la bunyinyer.. time tu tuan blog nie diam kejap.. sebab nk dengar detail pasal tanah runtuh.. tp kureng jelas sbb bunyi bising.. xdapat nak focus sgt.. T_T

pagi tadi.. time tuan drive nak pegi keje.. beliau dengar hotfm.. ada bagitau lebih kurang 25 orang mangsa kejadian.. 16 orang terkorban dan lagi 9 terselamat.. very the sedih bila dengar pasal tu.. bukan apa.. dorang tu anak yatim.. pastu di uji macam tu.. tp..

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

then one of the genius from Perbadanan said.. rumah tersebut takda CF.. WTF!! bukan apa.. kalau nak protect diri sendiri.. bukan time benda dah jadi.. patutnya geng-geng genius, cerdik pandai nie pergi la wat inspection kat kawasan terbabit.. umah kebajikan anak-anak yatim kot..

dah la tengah drive.. tiba menyirap darah + emo + bengang (dengan kenyataan budhu) je pas dengar pasal tu..

tapi tu la.. nk wat macam mana.. setiap kejadian ada hikmah serta pengajaran supaya manusia xleka..

"Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah nikmat dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi." (QS. an-Nisaa` 79)

as manusia biasa.. kita hendaklah selalu bersangka baik terhadap Yang Maha Esa.. kerana setiap kejadian ada hikmahnya.. walaupun bukan dapat on the spot or cepat.. bila sampai masa, insyallah.. nikmat yang diberi.. memang tersangat best.. kalau ada orang yang baca blog nie.. sama-sama sedekahkan al Fatihah kepada mereka yang telah pergi.. dan doakan kesejahteraan kepada mereka yang terselamat untuk meneruskan hiup..

alfatihah..

p/s: i wish i could talk to them supaya bersabar dengan kejadian yang dilalui

Monday, May 9, 2011

ermmmmm!!!



ehsan dari Yang Berbahagia Dato' Google

kenapa time nie buleh teringatkan pulut durian??
sbbnya ialah.. ternampak kak ogy (salah sorang staff tm) telah mengepos 1 gambo durian..



"sape belah doyan camni..? buat malu org kg je.." kata beliau..


skali tgk macam edit.. tetapi.. realitinya.. teringat akan pulutt durian..
pergh~

pulut.. santan panas.. sedikit gula.. dan yang penting.. DURIAN..

maa!!!! jom beli derian!!! heeeeeeeeeeee :)



Friday, April 29, 2011

Wishes List


time-time macam nie
kalau nk diikutkan, skang ni banyak keje yg nk kena wat.. buleh pulak tuan blog nie dapat idea untuk update.. berjudul Wish List.. klu xsiap keje nie.. konpem kena tiaw kaw-kaw..

bercerita pasal wish list.. banyak orang akan listkan benda pelik-pelik sampai orang listkan berfikir banyak-banyak-banyak kali.. adakah orang yang listkan wish list dapat apa yang di wishkan dalam wish list tersebut..??

mana tidaknya.. contoh wish list, nak Lisa Surihani yang special edition.. bole dpt ke??

macam mana tuan blog ni bley terpikir pasal nak postkan pasal wish list??
- sebab beliau terpandang jam tangannya brand Emporior Armani.. kendian.. terpikir pasal tag heuer punya jam.. lantas mengingatkan beliau akan keta honda civic 1.8 vtec warna putih fully accessories dan rumah semi D..

bawah nie.. wishes list yang di listkan oleh tuan blog untuk post Wishes List

antara wish listnye ialah:

1. Wilson BLX Six.One Tour/Barbolat AeroPro Drive GT
oleh karna owner blog ni minat sangat ngan tennis nie.. mula2 beliau target nk beli reket roger federer (
Wilson BLX Six.One Tour Racquets).. tp mahal giler beb.. buley beli seko ank kucing parsi (baka ori).. 9rat.. jadi.. beliau downgradekan kepada raket yang nadal guna.. jenis Barbolat AeroDrive Gt.. hahaha bru 5rat.. haha.. tak pun raket Wilson BLX Blade Team.. lawa beb!! 5rat gak.. hehehehheheeeeeee... TAPI.. raket Wilson BLX Six.One Tour dimasukan dalam KIV list.. hahaha
Wilson BLX Six.One Tour




Barbolat AeroPro Drive GT

2. Jam Tangan
Tuan Blog nie memang minat ngan jam.. kat rumahnya banyak koleksi jam.. bkn yang ori.. xmampu nk beli.. xkesah apa2 brand dan mana tempat jam tu dibeli (petaling street, masjid jamek, uptown danau, damansara, uptown cheras sbb biasanya murah sket heheheh).. asalkan modelnya lawa, cantik dan paling penting, nampak mcm mahal.. tp one day nk merasa gak yang ori, siap ngn certificate.. ehehhehehe

yang dalam perhatian, tag heuer, casio, fosil, tissot

tag heuer

casio Edifice 550d

tissot

Emporio Armani



2. Position as General Manager
General Manager beb.. bukan main susah nk dapat jawatan nie sebab ramai lagi staff yang sama tempat keje yang tuan punya blog lagi layak.. tapi kalu boleh, sebelum tuan blog nie bersara.. beliau nk pegang jawatan GM nie.. hahahah but next five years (hopefully less than five years) beliau naik sbg Manager.. bukan apa.. kalu beliau dapat jawatan tu.. baru beliau dapat proceed dengan wish list yang seterusnya.. heeeeeeee :0


3. Keta
sebut pasal keta.. banyak keta yang menjadi idaman beliau antaranya BMW 3series, fairlady, nissan Gtr, nissan Skyline, dan lain-lain tak termasuk keta proton.. wakakakaka.. bkn nak tunjuk eksyen.. tp.. tp.. tp.. tp.. tak tu la.. sekarang nie beliau target skg nie ialah honda civic 2.0/ 1.8 vtec.. CUN BEB!!! kaler puteh.. tinted hitam.. pergh....



4. Rumah
bila tuan blog cakap kt kawan pasal nak beli umah.. feedback yang beliau dapat.. "ang dh nak kawen ka??".. asal cakap nk beli umah je.. tu yang beliau dapat.. bukan apa.. klu beli lmbat2.. takut harga nanti harganya terlalu mahal.. takut2 xmampu nak beli kendian hari.. ermmm.. beliau target nak beli umah before 35 hehehe.. and xkisah setingkat or dua tingat.. janji semi D.. (insyallah)

contoh umah idaman.. heheh



p/s: ada sapa-sapa nak sponsor x???? heeeeeeeeeeeeeee :)

Tuesday, April 19, 2011

apasal you brek????

tengah bes layan lagu.. (tak ingat lagu ap.. jadi aku amik lagu nie)

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are...

tiba2 kabooomm (keta belakang hentam miss blacky aku).. booomm (miss blacky aku plak hentam keta depan)

aku turun dari keta.. xda ayat-ayat atau kata kesal seperti sori bang.. im so sorry.. maaf broo.. saye menyesal bang.. bro.. gua kesal ngan kejadian nie.. xde beb.. first ayat yang kuar dari mangkok tu..

"apasal you brek??"

apa punya bodoh + bangang + !@#$ + *&^% + (*&^% soalan..

"habis tu takkan aku nak blah keta depan aku!!"

aku sound direct kat mangkok tu.. time tu kalau nak gaduh pn.. aku on ja.. hati tengah panas beb..

dah la tak cakap sorry.. sound aku plak.. hadey.. klu aku kutuk.. kata racis plak..

hmmmm.. nasib bek ada cina guy suruh aku sabaq.. sebab dia ad workshop yg bley handle claim insuran neh.. (smell somethin fishy..)

"jom, kita tow you punya keta pi balai.. kita tak cas you 1 sen pun.. kita akan cas blakang punya keta punya insuran"

brapa banyak punya da... hehehehhe

atas nasihat member aku, apit, suruh depa wat suma.. sbb dia tau procedure tow mentow nie.. aku follow je sampai balai...

sampai kt balai.. dalam koi 830.. koi 930 bru la aku bley wat repot.. lebih kurang 1045 baru setle suma.. wat report.. kena soal siasat ngn sajan.. amk gambaq miss blacky aku..

koi 1230 bru sampai kt umah.. sebab pas polis amik gambaq.. aku follow cina guy tu p bengkel.. nk tgk lokasi bengkel.. pastu.. borak2 jap ngn dia.. baru la aku balik...

keta dijangka siap lagi 2 minggu........ anggaran kerosakan rm2k

miss blacky dari belakang

miss blacky dari depan

miss blacky nek "ambulance"



Tuesday, April 12, 2011

Monday, April 11, 2011

12/04/2010

01/04/2010

tarikh aku lapor diri sbg staff contract kt tm..

12/04/2010

tarikh aku lapor diri utk bertugas kt taman tun..

01/04/2011

tarikh aku jadi staff pemenent..

12/04/2011

tarikh aku melepak kt cafe menara.. hahahahaha

Thursday, April 7, 2011

Mengapa Wanita Sangat Hebat??

pagi tdi.. around koi 2.30pg.. terjaga dari tdo.. pastu.. mcm biasa.. xleh nk tdo.. then terbaca 1 artikel yg dishare oleh kawan... pasal "mengapa wanita sangat istimewa"..


bacala..

________________________________________________________________________________________________________________


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...

susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...

tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...

nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..

ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...

foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

______________________________________________________________________________________________________________


pas baca artikel nie.. mmg betul.. mama (mak aku la) pn mcm nie gak.. time nk g tdo.. mcm2 dia wat dlu.. masuk bilik aku dlu borak2 dlu laa.. iron baju esk la.. almost the same things as mention in article.. mutitasking la katakan.. huhuuhuhuhu


as pencinta wanita.. anda mmg hebat!!

Thursday, March 31, 2011

Hari Ini Dalam History

tadi p alamanda.. ingat nak p beli mochi-mochi.. tp tak dapat.... ;(
klu ikut si mizz (puan) nina.. mochi2 nie makanan jepun.. dalam ad cream.. ada macam-macam kaler.. macam dalam gambo tu... pastu disalut plak dengan icing marsh mellow.. klu nk makan bende nie.. kene letak dalam peti ais dlu.. biaq sejuk.. pastu bru makan.. sedap... ari tu dah rasa... macik tu yang bawak....




pas bayar paking.. sambil berjalan nak p kat keta..
aku: hmm.. hmmm. hmmmm... (rythm wanita seluruh dunia)..

sambil tanya kt diri sendiri... (berkata-kata dalam hati)
aku: "dude.. mana keta??"
aku: "rasanya paking kt cni... mana p plak...???"
aku: "hish... takkan orang rembat kot... "
aku: "dak kottt.."

pastu aku masuk balik dalam alamanda.. turun satu level.. baru la jumpa keta aku..


hadey..... whats happen dude.. tak penah-penah lupa park keta.. macam mana buley lupa plak ari nie... nasib baik aku x tala (hala) p south wing.. klu tak.. naya..

Wednesday, March 30, 2011

My life as Staff TM

assalamualaikum dan selamat sejahtera,

ayat clesey seperti rakan - rakan blog yang lain, "fuhhh~ (seperti meniup habuk).. lama tak update blog".. so am i.. hari nie 30 hb, hari rabu (hari rabu biasanya tiket wayang murah2)..

saje je nk update.. sbb lagi 2 hari dah masuk bulan April.. thats mean.. dh genap setahun, (1 tahun) aku menjadi ahli keluarga Telekom Malaysia Berhad. Banyak bende bes dan banyak gak bende yang tak bes jadi.. jadi.. bawah nie.. rentetan peristiwa sepanjang tahun.. start dengan bulan Januari 2010..


Januari 2010

nothing speacial happen to me.. sbb bru hbis LI.. lepak2 dlu... dengan erti kata yang lain.. lek luuuuuuu.. tp yang xbesnye.. hari2 gak la bapak aku bebel.. soh cari kje.. soh apply company itu la.. company ini la.. mak aku gak yg elek... LEK luuuuuuuuuuuuuuuuu!!


Februari 2010

selain celebrate my bufday on this month, aku dapat keje as vb programmer.. tu pun pakcik aku yg tulong kira.. (dia kenai ngn bos2 kt ctu..) di satu kilang kt jitra.. xsampai 1bln keje.. (rasanya dlm 2 mggu je kot..) sbbnye.. rs xbes.. environment xsihat.. masing2 wat hal sndiri.. terasa asing bila kje kt ctu (bayangkan aku tgh dduk dalam bilik gelap.. pastu ad lampu suluh dari atas)...

benti keje.. dengan alasan nk further study.. ngeh2.. time tu ramai gak yang datang nk hentam aku.. (bukan pukul.. tp bletiaq.. ato bebel..) tp aku relek je.. "salahke saya nk smbung blajaq???" tu ayaq yg aku balas.. hmmm.. then smggu pas tu dpt interview ngan salah sebuah subsidiary TM, GITN, comp network.. company nie support network utk sekolah2.. klu ad dengar pasal schoonet.. dorang punye keje la tu.. Alhamdulillah.. dpt!! depa nk post aku (dok bayangkan aku mcm sampul surat) p sekolah kt kuala kangsar.. tp tolak gak.. bg alasan nk smbung stady.. har har har..

March 2010

setangah bulan berlalu mcm tu saja.. (tuan-tuan dan puan-puan bly bayangkan aku dok kt beranda smbil hisap rokok daun.. )
Tengah syok men game..dpt phone call dari human resource TM, interview utk executive IT, time tu excited. + xbes sbb brader call tu la aku kalah men game snooker online.. kalah 50k chips.. tp aku elek je.. cool.. petang tu ckp kt mama.. dpt interview.. dier excited lebih sbb anak BONGSU dia dpt interview ngn TM...

xingt tarikhnya.. aku pn p la kt menara rebung tu ngn family.. hahahah.. sampai kt menara TM tu koi 1230.. interviewnya start jam 2 ptg.. tgu punya tgu punya tgu.. tgu punya tgu punya tgutgu punya tgu punya tgutgu punya tgu punya tgu.. smpai giliran aku utk diinterview.. group interview.. 6 orang dalam 1 group.. time tu.. Munet pn dalm group aku.. hahah.. jam 6.30 aku n da group masuk bilik interbiu.. 7 jam tgu.. bru dpt interview beb!!.. pas interview.. en anuar ckp.. tgu minggu dpn.. kalu dpt pgilan tu dpt la kerja.. hehehhee.. wa pasrah je beb.. jam terus berputar tanpa rasa jemu.. hari yg dinanti sudah tiba.. pagi, tengah hari, xdapat apa2 pangilan.. petang tuu.. koi 4.30.. dapat call, depa soh amk surat tawaran pada ESOK harinya.. mintak pospone amk surat.. depa xbagi.. hampeh btul.. gila depa nie.. det pa pn xda.. nk soh amk plak.. bkn nk bg elaun ka, det tambang ka, det kopi ka..

ptg tu.. lpak ngn mama.. ckp kt dia dpt keje.. pergh.. over excited plak beliau.. maka pagi esoknya.. aku g kl amk sorat tersebut.. and prepare segala bagai tuk dibawak time lapor diri...

April 2010

1hb tarikh keramat yg mana aku kene lapor diri kt TM Training Centre (TMTC) jalan semarak, kl.. time tu boley plak aku tgal x-ray kt kedah.. mmg tkut + ketaq pala lutuit.. time tu banyak la maki diri sendiri.. bukan ap kot2 depa reject "sapa suruh xbawak.. nyah kau dari sini!!!" kata pegawai bertugas.. Alhamdulillah.. benda tu xjadi.. Akak cun tu cakap "Selamat datang ke TM".. serius, akak tu cun!!!.. tp iman aku tebal.. dapat ku tangkis suma godaan syaitan.

pas serah segala form yg dh diisi kt pegawai yg bertugas.. jam 430.. kitaorg gerak p tmtc taiping utk induksi selama 2 minggu dengan menaiki bas plusliner.. time kt tmtc tu.. aku berkenal-kenal ngn kawan-kawan baru.. Munet, Jai, Helmi, Zul, Sal, Teha, G (bly kenai sbb dia gila mic), Pora, Laily dan lain-lain.. sorry beb.. lupe name..

2 minggu sudah berlalu.. tarikh: 12hb 4 2010, vanue: COA, meeting room, level 32 north, En Anuar soh lepak dalam tu dulu untuk bagi surat posting.. depa hantaq aku p exchange taman tun dr ismail.. sebagai assistant menager 5 EAI dibawah IT Aplication and Services.. time tu blur..

"whats kind of binatang EAI itu?" "mesti budak-budak termasuk bos EAI sombong-sombong" "masih cerahkah masa depan aku????"

bulan ni gak aku berkenalan dengan opis mate aku.. Hilal, Ayie, Tajul, Kak Pah, Kak Yus, Niza, Leya, Ida.. dorang sume nie baik-baik belake.. (klu salah sorang ampa baca nie.. blanja la aku.. aku puji ampa bek2 nie)

May 2010

xde mende yg berlaku sgt sbb rutin harian mcm biasa.. keje.. keje.. keje.. (keje la sngt!!!)

Jun
2010

same je mcm bln may.. keje keje keje.. smpai muntah.. hahahha.. time nie aku dah tera create domain untuk budak-budak nie deploy interface yang depa wat.. hahah

July 2010

macam biasa la.. keje la.. apa lagi.. tp kn.. selang 2 mggu skali.. balik kg.. utk lepak2 ngn sembang2 parent.. heheheh especially merengek ngan mama.. hahaa..

chup2.. bln nie ITAS wat family day kt sungai congkak, selangor.. besssssssssssssssssssssss...

August 2010

bekerje bagai nk mati (bg nmpak mcm keje keras.. hahahahaha).. lupa plak..7hb august 2010.. is my convocation day!!! grad jgak akhirnya.. bes time tu.. jumpa kawan-kawan.. jumpa lecturer.. such a wonderful time, was it? hehehe of course.. especially bwk parent g jejalan kt melaka.. on 10th august..

pastu.. balik kl.. ngadap keje... padahal xde keje pn...
Sept 2010

found out that sometime life suck.. borin keje.. n mcm 2 lg.. prasaan nie bkn tmbul masa bln 9.. tp masa-masa yang lain gak.. hmmmmm what to doo.. think positive.. org lain ssh nk dpt kje.. xkan nk quit.. "never say die before you try"... but on 26th sept.. g tgk ATP Tour kt Bukit Jalil.. bess.....

Oct 2010

yeah.. keep on workin' and chill.. last day of celebrating Raya.. ITAS anjurkn rumah terbuka kt ibusawat TM Kelana Jaya.. heeeeeeeee besssssssssssssssss... and...

November 2010

yawn~~~ yeah still working.. hahaha alhamdulillah.. masih lagi dicurahkan rezeki untuk bekerja mencari rezeki yang halal.. and the best part.. its school holiday!!!.. that mean.. jalan xjem!!! (xmcm slalu aar.. )

Disember 2010

again.. still workin.. until the end of disember.. byk yang berlaku bln nie.. antranya.. pakcik aku blnja aku men kt sunway piramid.. teman kan anak dia men2 kt sana..bkn stakat tu ja.. dia ad booking 1 bilik utk aku kt sunway hotel sbg tnda trima kasih.. heeeeeeeee bes gak bila hidup disponsor..

selaint tu.. bosan gak dok kt opis.. sbb budak-budak lain sume bercuti.. aku je yg lewat cutinya..

January 2011

ada keadaan yang bes ad keadaan yang xbes.. yang besnya.. as usual.. dapat hidup macam orang normal, yang xbesnya.. adalah.. xingat.. serius.. aku xingat.. aku lupe!!!!!!!!!!!!

February 2011

bulan nie aku ingat skek-skek sbb bulan besdaynya Mohd Syahir Bin Ismail.. hehehe.. bagai rezeki mencurah-curahnya, selain dapat hadiah dari mother, dan cekelat cadbury (Alhamdulillah.. sujud dan tadah tangan tanda syukur kepada Yang Maha Pemurah) aku dapat offer untuk diserap sebagai pekerja tetap TM..

Mac 2011

bulan nie.. mcm biase je.. cuma tiba-tiba dapat kabo hangin.. yang kita orang (EAI, network, sec, database) nk kene pindah ke Menara TM.. ada staff yang hepi, ada staff yang xhepi.. aku hepi sbb tak gaduh nk drive + ngadap jem kt LDP nun.. hari-hari ada dreba.. yang akan hantar aku ke KL Central ngn stesen Kerinchi.. Tenkiu abang-abang ERL dan LRT PUTRA.. jasamu menghantarku ke tempat kerja adalah amat dihargai.. ehehhehehe

April 2011
My life as Permenent Staff TM