Saturday, July 2, 2011

Memancing

assalamualaikum wbt..

sekarang nie jam menunjukkan 4.10 pagi..
belum mau tido lagi karna excited tak habis lagi.......

Hari Sabtu 2/Julai/2011

pas bangun tido, lebih kurang jam 10 (dah nama weekend, bangun lambat sket la.. hehe). pas minum air, on tv, channel 816, layan snooker jap, kalau tak silap, Marco Fu vs Mark Allen. macam tu la selalunya rutin pagi-pagi sabtu kalau takda main tennis.

On laptop HP EliteBook 8440p, then buka facebook, ada beberapa notification yang telah membabitkan nama Mohd Syahir Ismail dalam perbualan rakan-rakan. Antaranya Prince Fahmi dan Kamarul Nizam Ismail yang mempunyai rancangan dan mereka mahukan Mohd Syahir Ismail turut terbabit dalam menjayakan rancangan mereka.Pada peringkat awal, rancangan ini nampak macam tidak jadi atau cancel kerana mereka tidak menyatakan tujuan, visi dan misi rancangan dan tiba-tiba idle.

selang bebebebebeberapa jam (memang lama pun), Mohd Syahir Ismail telah meng-up-kan status "gila bosan.. puih!!". lantas Kamarul Nizam Ismail dan Prince Fahmi mengajak mancing.

HM Eco Resort dicadangkan oleh Mohd Syahir Ismail sebagai lokasi memancing yang mana cadangan tersebut dipersetujui oleh Kamarul Nizam Ismail dan Prince Fahmi hanya menurut perintah saja. Aktiviti berlangsung selama 4 jam, bermula jam 930 malam dan berakhir pada 1.30 pagi. Bayaran yang dikenakan untuk 4 jam dan 1 batang joran hanyalah rm20. Umpan yang digunakan ialah dedak, roti, dan skek perasa tambahan iaitu perasa pisang.

(enough dengan penulisan skema)

selepas bayau kt kaunter, kitaorang memilih pondok yang berhampiran dengan pokok cerry. sebab Kamarul Nizam Ismail pernah terbaca dalam forum yang mana forumer mencadangkan pondok tersebut kerana situ port baik untuk memancing.

Pancang pun telah dipacak, umpan telah disiap dipasang, lastly umpan dibaling (betul ke dibaling?). selang beberapa minit.mesin Abu Garcia berbunyi, menandakan ikan telah makan umpan dan dalam keadaan terkejut aku mendaratkan ikan Rohu dengan bantuan Kamarul Nizam Ismail.

Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi, ikan Rohu seberat 2kg dinaikan. dengan keadaan tangan ketar-ketar, aku mintak Fahmi snapkan gambar sebagai bahan bukti. muahahahah. selepas posing dengan ikan, aku dengan fahmi pergi jual ikan dekat tokei kolam mancing. dapat la rm4. dan duit tu kitaorg wat beli air teh ais, neskepe dengan milo ais.

the sad moment is, pas tu kitaorang dah tak dapat ikan. maybe ikan yang kena jual tu sempat bagitau kat kawan-kawan yang lain kot supaya jangan mudah tertipu dengan makanan yang sedap tiba-tiba terhidang dihadapan mereka.

hmmmmmmm.. sepanjang empat jam. seeko ikan je yang dinaikkan..





1 comment:

  1. 1

    Mula Segera Hari Ini - Daftar Sekarang - RM90 per email


    Kami Menawarkan Kerja Pengurusan Email
    Berkerja Hanya di Rumah
    Anda Tentukan Sendiri Berapa Bilangan Email
    Klik Di Bawah Untuk Bermula Hari Ini

    -> Bayaran: RM90/sehari
    -> SMS Puan Masnah 0176535639
    -> http://bozzv8.net/go/pengurusemail26422

    ReplyDelete