tercetusnya project ini kerana..
1. dah lama tak main game kt desktop..
2. agak lama tak main game kt desktop..
3. laptop tak cukup power untuk main game macam need for speed, prince of persia..
4. dah lama tak wat keja-keja graphic..
5. ulang point no 1-5..
phase pertama:
1. bawak desktop pc dari kedah mai keyel.
2. assemble and identify masalah desktop pc.. pastu repair..
3. beli part.. then pasang..
phase kedua:
1. setup bilik ketiga menjadi office..
2. tarik modem ke dalam mini office..
3. internetkan desktop..
phase ketiga: akan difikirkan..
Friday, June 29, 2012
Monday, April 9, 2012
Gila Instagram
dalam minggu ni jugak bende nie jadi..
one day tu.. aku dok usha-usha kt fb.. ada la sorang kawan aku post gambo kt fesbuk via instagram..
lawa.. cantik gambo tu..
jadi aku pn search la kt Play Store (tempat untuk para android user cari Apps).. cari punya cari.. ada apps tuu..
jadi aku pun try la main.. memula register.. nama yang aku gunakan dlam ni ialah.. syahir85.. so add la aku.. bole kite kongsi-kongsi gambo.. bess...
nie pic pertama yang aku edit guna instagram.. tp x post kt ctu..

first pic using Instagram
pas dah terer skek edit gambau guna mende alah nie.. aku try snap gambo lain pastu post kt Instagram..
second pict and uploaded in Instagram
kenape avril lavigne? entah.. time tu aku tgk tengok vidclip avril, smile.. lagu tu meme best sbb.. wat eva happen.. smile je.. heheheeeee
since dari tuu.. aku slalu je snap gambo.. pastu edit.. then post kt instagram.. skang nie dah 15 pictures aku edit n post kt instagram..
pict 3: tengah tunggu bas p midV.. stesen universiti
pict 4: dinamakan sebagai missing.. someone..
bukan someone is missing in action.. tapi someone yang meninggalkan tempatnya..
dan tempat tu belum diisi lagi.. heheh
pict 5: nak habaq tu kasut aku.. jangan curi..
pict 6: xde tajuk.. time tu tengah tunggu makanan sampai.. aku tgok atas..
macam bes je nk post.. jadi aku snap.. edit pastu post..
lokasi: Kuala Lipis..
pict 7: pun xde tajuk.. heheheh
pict 8: Me In That Car..
bawah nie gambar yang paling latest aku post kt instagram.. time tu baru sampai kt Oracle University.. cikgu pun xsampai lagi.. gadis-gadis plak tengah minum sambil mengumpat.. aku plak satu-satunya lelaki sejati yang ada.. maka terpandang tingkap.. asalnya nak amik scene jalan raya.. kat jalan raya tu nampak la orang tengah berjalan, moto, keta, dan bas.. tapi bila tenung lama-lama kt tingkap.. nampak bayang-bayang sendiri.. jadi gambar yang las nie.. aku bagi tajuk.. Man in the Mirror.. bukan mirror mirror on the wall who the pretties among them all.. hehehe
Pict 8: The Man In The Mirror
pas lama-lama main ngn apps photography nie.. baru la tau.. kenapa orang jadikan photography nie sbg 1 hobi.. sebab memang tidak syak lagi.. memang bess.. siap tadi p usha DSLR ngan opis mate... hehehehe
chow..
Sunday, April 1, 2012
Macam-Macam..
ermm.. dunno how to begin the story.. but..
this year begin wit macam-macam dugaan.. baik kerja, personal matters, sosial life, ada yang buat aku happy, ada yang wat aku marah, ada yang wat aku on top of the world, ada yang wat aku sedih, ada yang wat aku rasa nak ubah life style, ada yang wat aku down gila, ada yang wat aku rasa macam-macam lagi..
but everything happy for a reason. and the reason is.. to make you enjoy the upside down, the colorful of life and the most important thing is.. remind me of the Creator.. Allah SWT..
to summarize it, setiap minggu graph aku tak tentu hala.. ada naik mencanak, ada yang turun menjunam..
huhuhu~

Sunday, September 25, 2011
Kucing Part 2
lagi gua tengok.. lagi seday beb.. nie vid yang sempat aku shoot...
saksikan lah duniaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
p/s: bodo laaaaaaaaaaaaaaaaa sapa yang kidnap tuuuuuuuuu
Kucing
hari nie dalam sejarah sebab tak keluar pegi lunch, kenyang makan kacang yang topek bagi..
time-time macam nie la aku teringatkan kucing aku kaler oreng kena rembat (curi). lawa beb, jantan, semi-long hair, ekor panjang.. kalu bela leklok, boley menang competition. huh. namun, jodoh dia dengan aku sat sangat. time balik kampung halaman (padahal dok kat taman tp tetap nak balik kampung),
mak aku cakap "adik, oreng dah kena kidnap..". "... laaaaa... " balasku dengan ringkasnya.. dalam hati maki berkandaq beb.. xleh nk list kan dalam blog nie.. sebab banyak sangat. dah la lawa.. kena kidnap plak.. kalu mai umah mintak elok-elok xpa gak.. (jangan harap la aku nak bagi).. last-last tak larat nak maki, dengan harapan tulus iklas.. orang yang kidnap tu kena kidnap dengan orang jahat.. hehehehe. tak la. harap-harap dia jaga oreng leklok.. huhuhuhu seday... bawah nie gambaq oreng..
time nie kecik lagi. wuwuwuwuwuw.. sempat snap 2-3 pict ja..
bodooooo laaaaa sapa yang kidnap tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Monday, September 19, 2011
Saman Oh Saman..
banyak kali dah aku sound mamat tu, tp tak makan saman.. wat buduh jah. padahal macam-macam benda buleh wat dalam blog nie.. tu pun tak reti.. suma nk kena ajaq. kurang ajaq betoi.
entry nie bukan nak cite mengenai pelucutan jawatan admin, tapi nak cite pasal SAMAN.. bukan aku kene saman.. setakat nie.. Alhamdulillah, syukur sangat2, walaupun corak pemanduan F1 dan Rally selalu dipamerkan di Lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya Persekutuan, jalanraya di Putrayajaya dan Lebuhraya Utara Selatan khasnya, aku belum lagi kena saman dengan abang polis.
aku selalu check saman nie kat website MyEG, sebabnya aku selalu balik kampung terletaknya di Aloq Staq, Kedah Darul Aman. bukan apa, kalau ada saman, buleh la aku p setle dulu sebelum surat menyusul kat umah dan kena sound dengan mak.. well..
"nak hidup kena bijak" kata Ajai.. adik kepada Abang Long Malek.
pas check kat website tu.. nie yang aku dapat..
for your information. nie saman untuk kete iswara aku, Saman sebab No Helmet, pas diterjemahkan dalam bahasa melayu loghat kedah, tak pakai helmet. oleh hal yang demikian, saya tak jadi nak bayar saman.
tu jela aku nak cite.. maklum la first time update blog.. selalunya admin yang update.. kali nie.. wat julung kalinya.. tuan amponya blog yang update.. baru la budak baik punya blog, sendiri yang update..
Wednesday, July 13, 2011
vice versa: wanita cantik menjadikan lelaki sihat..
hahaha.. pas belek blog mamat Naim Qlate, terbaca satu artikel, vice versa untuk wanita cantik menjadikan lelaki sihat.. tajuknya "wanita cantik hanya tambah stres".
sila la membaca..
----------------------------------
Lumrahnya lelaki akan berasa senang hati apabila didampingi wanita cantik. Manakan tidak, ia akan memberi kesan dia lelaki super hebat kerana dapat memikat wanita cantik.
Egonya akan melambung tinggi. Hatinya berbunga-bunga. Bangga setengah mati, hidup bagai di alam khayal. Yelah, siapa tidak mahu dikelilingi dengan benda-benda yang cantik. Siapa tak bangga pasangan yang mendampinginya cantik.
Lantas, semua wanita mahu dirinya cantik, atau sekurang-kurangnya mahu kelihatan cantik sehingga sanggup berbelanja sakan untuk tujuan itu atas alasan mahu menarik perhatian. Bukan pula untuk suami tetapi orang lain.
Buruknya nafsu mahu kelihatan cantik itu tak pernah reda, macam tiada sempadan. Yang sudah cantik, mahu lebih cantik. Yang tak cantik pun terlebih perasan mahu dirinya cantik seperti ratu.
Mungkin sebab itu produk kecantikan wanita lebih mudah dijual. Daripada sekecil pewarna kuku sehingga kosmetik, jamu, pil, suntikan kolagen, botox sehingga bedah plastik sentiasa menjadi buruan.
Tapi tahukah mereka, wanita cantik menurut satu kaji selidik ternyata berbahaya kepada kesihatan seorang lelaki.
Kaji selidik di Sepanyol oleh University of Valencia itu mendapati walaupun hanya lima minit berduaan dengan wanita cantik, ia sudah cukup untuk menambah kadar cortisol, iaitu hormon stres dalam badan lelaki.
Hormon stres, cortisol menurut kaji selidik tersebut akan tambah meningkat kepada lelaki yang percaya bahawa wanita cantik di sisinya itu sebenarnya di luar jangkauannya.
Cortisol dalam kadar yang kecil memberi kesan positif termasuk meningkatkan kewaspadaan tetapi jika kadarnya tinggi ia boleh menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis, hipertensi malah lemah tenaga batin.
Juga didapati jumlah adrenalin yang dilepaskan oleh lelaki semasa berbual dengan wanita cantik yang baru dikenalinya sama tingginya dengan seseorang yang mahu melakukan terjunan payung terjun. Bayangkan debar mahupun keterujaan yang perlu ditanggung dalam keadaan begitu.
Apatah lagi jika lelaki itu berharap untuk menjalin hubungan lebih akrab, sedangkan dia tahu banyak rintangan dan halangan yang tidak mampu untuk ditempuh. Maka, akan angaulah dia yang tidur tak lena, makan tak kenyang. Jadilah stres tak tentu fasal.
Mereka yang sudah beristeri dalam hati berkata, kalaulah aku masih bujang dan waktu boleh diundur. Yang hujang pula akan berkata-kata, kalaulah aku ada kemampuan kerana persaingan sengit untuk mendapatkannya.
Kaji selidik itu tentu sekali memberi khabar buruk kepada wanita cantik. Kalaupun hanya berbual lima minit sudah cukup melonjakkan kadar hormon stres lelaki, bayangkan jika berhubungan untuk jangka masa panjang. Tentu lebih banyak ujian dan cabarannya.
Yang tentu paling dibimbangi teman wanita cantik milik kita itu akan terpikat atau dipikat lelaki lain. Maka, hidup akan dibelenggu dengan kecurigaan dan kecemburuan.
Mungkin ini juga jawapan mengapa lelaki masih berpaling kepada wanita lain sedangkan kekasih atau isterinya ‘diiktiraf’ cantik. Barangkali hormon stres mereka sudah tinggi lantas mahu melepaskan diri daripada beban yang terpaksa ditanggung itu.
Jelaslah, buruk kesannya jika kecantikan yang dianugerahkan kepada wanita tidak diurus dengan baik. Jadi sedikit nasihat kepada wanita cantik, janganlah bermegah sangat dan menunjuk-nunjuk kecantikan yang ada. Cantik fizikal sahaja bukan modal untuk mengikat lelaki.
Berpada-padalah kerana anda sebenarnya hanya bikin lelaki stres dan alangkah eloknya cantik fizikal itu diimbangi dengan kecantikan dalaman. Molek adabnya, elok pula budi pekerti. Tapi zaman sekarang sukar untuk menemui wanita sekelas ini.
Juga berhati-hatilah wahai lelaki bila berhadapan dengan wanita cantik terutama yang mahu mempergunakan kecantikannya untuk tujuan tersirat. Wanita yang berperangai begini tentu sekali bakal meningkatkan kadar hormon stres lelaki berlipat kali ganda.
----------------------------
sekian.. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)