Wednesday, July 21, 2010

Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya Ajoi untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada... Pengarah tersebut mengarahkan Ajoi menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya Ajoi melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.

Ajoi : "Kamu memohon sebagai apa?"
Calon 1 : "Sekretari"
Ajoi : "Kamu merasa cantik ke tak?"
Calon 1 : "lebih kurang macamtu la"
Ajoi : "Permohonan Kamu tidak diterima."
Calon 1 : "Sebabnya?"
Ajoi : "Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok... "
Calon 1 : "Sebenarnya saya merasa tidak cantik"
Ajoi : "Makin lah saya tidak terima."
Calon 1 : "kenapa pulak ?"
Ajoi : "Buat sakit mata aje"
____________________________________________________________________

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS
tambah "s" je, kan?
Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...
____________________________________________________________________

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi
____________________________________________________________________

KEMATIAN IBU:
Mr. Bean:(Menangis) doktor tepon, mak aku dah meninggal.
Kawan : Bersabarlah kawanku.

(Selepas 2 minit) Mr. Bean menangis semakin kuat

Kawan : kenapa ni?
Mr. Bean : Adik aku call, mak dia meninggal juga!
____________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment