Saturday, July 17, 2010

Dasyatnya doa seorang ibu

Assalamualaikum Semua,

Ini adalah sedutan dari ceramah oleh Al Ustaz Abdullah Mahmud dari
unit KAGAT ATM . yg bertajuk,”Dahsyat nya doa seorang ibu
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita
adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak
baik tapi takdak masa nak buat yang baik

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2
jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.
Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu,
sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Membaca quran sehingga menitis air mata
Memandang wajah ibu yg seda ng tidur / sedar hingga berlinang air
mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok
masa tidor!
Anak
Ibu
Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai
nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan
kasih, say a ng, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi
jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh
proceed pi mahkamah J

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di
hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih
ada ibu, pandang laa selalu

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk
menujukkan sesuatu pada ibu

Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan
takut

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak
mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik,
Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu
kita di tempat yang terbaik

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan
yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu
dipanggil “wasilah amal”
“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu
kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna
dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal
hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa
sakit/musibah

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnail laihirojjiun, ,,
then cakap dengan Allah
“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada
ibu dan orang yang memerlukkan.

*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat
ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada
waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih
hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.
Jadi doakan ibu kita telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke
pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada
tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin
esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz
kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar
dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita
“berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata
“celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta
sampai mati tak pernah keluarkan

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah
kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta
datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk
sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan
org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada
peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi
peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan! ! “Ya
Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni
sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita
ringan tangan nak bersedekah

*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk
untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik
insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit,
berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan
seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita
sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada
kemungkinan kita diganggu saka
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi
or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang
belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Saka dipindahkan melalui Kasih say a ng/ Harta pusaka, walaupun
sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Symptom dah terkena saka
* Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
* Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
* Susah nak dapat anak, senang gugur
* Ada rasa kelibat orang lalu
* Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak
hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit
kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis,
insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer
tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari
syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa
perawatan cara islam jugak.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong
zikirkan

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas..
“Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari


Anak Lari Dari Rumah
* Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan
dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah
akan sampai panggilan kita kepadanya


Anak Degil
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai
roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang
bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang
sayang sesama manusia

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and
see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang
bolehkan.


--

No comments:

Post a Comment