Wednesday, July 21, 2010

Dun worry.. Be happy.. :)

Don't Worry

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"
___________________________________________________________________________________________

Tetamu tak di undang

Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu...
Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya...

"Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?"

Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan
perasaan marah... Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan
bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati
sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu...


Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi
kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan
harinya jikalau dia datang lagi.


Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan
mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya
bersembunyi sambil memegang senapang...

Lelaki itu terus bertanya..
"Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?"

"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?"
jawab wanita itu dengan berani...

"Baguslah kalau pandai..." kata lelaki itu...
"Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi
isteri saya!!!"
___________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment